Assalamualaikum..
Pagi ni saya ingin menulis coretan yang terlintas di pagi ini.Saya pernah bersedih. Tersangat sedih. Ujian datang menimpa-nimpa. Allah sayangkan saya. Saya lebih dekat denganNya. Saya banyak baca buku motivasi. Saya perlu kuat. Bila ditimpa ujian fikir orang lain yang lebih susah dari kita. Redha dan sabar dengan ujian yang datang untuk kita. Percaya pada rezeki Allah. Allah yang memberi kebahagiaan dan rezeki.
Apa yang saya dapat? Saya dapat melancong ke luar negara. Perkara yang mungkin mimpi je sebelum ni. Saya ke Singapore pon xpernah sebelum ni even duduk di JB sahaja. Negara pertama yang saya jejak adalah Singapore. Haha itupun sebab gi Changi Airport untuk ke Sri Lanka dan Maldives. Even educational trip saya sangat happy. Free!!! Alhamdulillah. Rezeki kan. Trip seterusnya ke Thailand- Krabi, Suratthani dan Khanom. Then ke Indonesia-Bandung dan Jakarta.nanti saya update cerita pasal trip. Ni adalah sebahagian reward bila kita positive dan mengingati Allah. Bersyukurlah. Banyak lagi nikmat yang tak disangka-sangka.
Bila susah ada je yang sudi menolong. Keluarga dan kawan-kawan. Itupun rezeki kan? orang kata cari kawan time senang memang ramai. Tapi time susah? Alhamdulillah saya dikelilingi kawan2 yang tak pernah tinggalkan saya time susah dan senang.
Dalam umur setahun jagung dan sedikit pengalaman pahit-manis. Saya ingin kongsikan sedikit apa yang saya pelajari daripada pengalaman hidup dan bacaan. Semua orang ingin bahagia kan, murah rezeki dan happy selalu.
Belajar bersyukur. Even anda tidak kaya. anda cukup makan? Ada tempat tinggal? Sihat? Itu semua nikmat dari Allah SWT.
Selalu mengingati Allah. Jangan tinggal solat. Rajin-rajin baca Al-Quran. Amalan murah rezeki:
Solat Dhuha.
Solat Tahajud.
Surah Waqiah.
Ayat seribu Dinar.
Zikrullah.
Dan banyak lagi. Untuk yang baru bermula, cuba dengan amalan di atas,
Jangan lupa rezeki untuk ibu bapa kita. Insyaallah hidup kita diberkati dan semakin murah rezeki.
Rajin bersedekah walaupun anda rasa tak cukup. Contoh paling mudah derma kat masjid setiap Hari Jumaat. Insyaallah kita akan dibalas 10x ganda. Sedekah RM10 dapat RM100. Kalau RM50, RM100? Peringatan untuk diri sendiri juga.
Permudahkan urusan orang lain. Tolong kesusahan orang lain. Jangan berkira. belajar menghargai orang lain.
Fikir yang baik2 sahaja. Kalau terlintas perkara negatif. Cepat2 beristighfar. Jgn kita post di social media. Mengadula pada Allah. Hati anda akan lebih tenang.
Sedikit perkongsian di pagi ini, Harap bermanfaat untuk semua. Sambung lagi nanti. InsyaAllah. =)
Ira yg dlu bukanlah yg sekarang. InsyaAllah sama2 kita improve n upgrade life kita
ReplyDeleteInsyaAllah sama2 utk dunia & akhirat. Tq yer Ira sebab sudi tolong Diana time susah & senang.
Delete