Friday, 19 September 2014

pengalaman pertama hamil: ectopic pregnancy atau hamil luar rahim

Ectopic pregnancy atau hamil luar rahim? Pernah dgr tak? Ok entry kali ni Diana nak share sikit pengalaman sendiri pada tahun 2008.

Diana diijabkabulkan pada 8 Mac 2008. Hari mengundi time tu. Pengantin pon gi mengundi tau.

Dlm bln April 2008 dpt offer kerja as a chemist kat kilang gelas di Tampoi , JB. Dah berapa bln kahwin xde tanda2 hamil. Cuma masa bln Disember 2008, Diana 1 family gi Cameron Highland. Masa tu mmg rasa pening & loya . Maybe sbb jlnnya pusing2 kot. Then jumpa strawberry with whipped cream mmg mkn xhengat dunia. Sedap sgt rasanya. Sampai xboleh tinggal n rasa nk marah bila ada yg kacau.

Then back to normal life kerja mcm biasa. Time ni langsung xlalu mkn nasi. Diana cuma nk mkn bihun tomyam jer. Hari2 bawak bekal yg mummy masak. Sampai Mak Ros satu department pon pelik sangat. Mummy pon pelik la pg ptg siang mlm xmo mkn lain. Ko ngandung ni ngah. Diana terus ckp xla, org dtg period xkan la mengandung.

Yup period dtg mcm biasa. On time. 7 hari xkan la ngandung kot. After berapa hari still sakit perut mcm senggugut. Then period lagi. Tapi darah keluar warna kehitaman. Oh patutla sakit perut. Period lagi rupanya.

Dah asik gaya cam org pregnant jer akhirnya Diana pon check upt. Positive!! Cam xcaya jer. Mmg excited sbb this is my 1st pregnancy. Alhamdulillah penantian berakhir.

Esoknya dinner kat restoran with hubby kat dgn rumah. Tengah mkn tu tiba2 sakit perus memulas2. Eh pelik tiba2 jer. Mula tahan jer sbb tgh mkn. Pastu xtahan terus. Terus ckp kat hubby I blk dulu. Sakit perut. Nanti dtg blk. Eh pastu sakit sangat xboleh nk drive. Minta hubby hntr blk rumah. Baru sampai kereta dah termuntah2 dgn perut yg teramat sakit. N before sampai rumah 3x berhenti muntah even rumah sgtla dekat ngan restoran tepi sekolah tu.

Sampai rumah jln terbongkok2 sbb sakit perut and sakit belakang..Muntah byk kali. Nak gerakpon susah sbb sakit sangat. Mummy ckp mana ada org ngandung sakit perut mcmni. Ni mesti sakit lain. Pergi check kat hospital la. Disebabkan terlalu sakit, gerak sikit pon sakit xboleh nk gi klinik mlm tu. Mlm tu pon tidur kat pintu sbb senang nk muntah. Bangun xlarat sangat. Masa tu terlintas dlm hati. Ntah2 ni mcm arwah Yan yg meninggal sbb mengandung luar rahim. Dia pon khabarnya xtau mengandung. Esoknya 24 Disember 2014 gi klinik panel.Rasa boleh tahan sikit. Cuma jln still membongkok xboleh tegak.  Bgtau kat Dr kita sakit apa n inform dah wat upt positive. Ckpla period dtg cam biasa. Dr suruh gi Hospital refer pd Pakar Sakit Puan. Then terus ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Masa tu jumpa Dr Laila. Gi ngan mummy & abah. Hubby keje. Dr Laila check and scan.  Beliau ckp mmg hamil luar rahim. Baby kat tiub falopio kanan. Bkn kat rahim.  Anggaran usia kandungan 1-1 setengah bln.Dr Laila kata kena operate. Diana tanya boleh x klu x operate?  Kena operate klu lmbt bole bawa maut. Masa tu airmata terus bergenang. Mummy pon nangis. So terus call hubby & decide nk operate kat situ. Kos pembedahan RM4000 lebih. Masa tu fikir nyawa lebih penting. Akhirnya tiub falopio kanan dibuang sebab dah rosak.



Klu operate 25/12 kosnya dua kali ganda katanya  .Mak aii sbb consider public holiday. Mlm tu kakak ipar yg tunggu kat wad. Esoknya boleh blk & berpantang  mcm org bersalin tapi 2 minggu jer. Xde rezeki lagi masa ni. Dr kata nk dpt anak pon 50-50 sbb ovari ada satu jer. N ada risiko utk berlaku kes yg sama. Cuma Dr Laila ada inform sblm dia buang, dia check dulu kalau tiub falopio tu xrosak dia xbuang tapi dah rosak terpaksa buang. Tapi before buang, dia check tiub falopio yg belah kiri ok ke x, itupon katanya tiub tu mcm terlipat ke macammana ntah. Dia betulkan dulu baru dia buang tiub belah kanan. Huhu. Mcm2 dalaman yg kita xtau. Sebab tu kdang2 org sukar hamil ada something yg block kat tiub falopio, dll. N bln feb 2009 Diana positive preggy lagi. Alhamdulillah. Now Humayra dah nk masuk 5 tahun bulan 10 2014 ni. Jasmine lak dah 2 tahun
😊😊😊

Raya kedua 2014


Berminat nak tau pengalaman saya bersalin Humayra (pramatang, tanda bersalin pecah air ketuban) boleh baca kat link ni ok

http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/bersalin-anak-pertama-pecah-air-ketuban.html

3 comments:

  1. di.. ngerinya tgk fallopian tube yg dibuang tu. Sungguh besar kuasa Allah walaupun 1 je yg berfungsi masih dpt pregnant.

    take care mom & baby.
    Jn skip mkn shaklee ya

    www.momsmilkyway.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Besar
      Alhamdulillah masih bernafas dan berpeluang dapat cahaya mata lagi
      Tq for your care Ira 😍😘

      Delete
  2. Salam. Kak, sy baru je operate due to ectopic pregnancy. Masih rasa down and kehilangan. Akak boleh share tips atau supplement ape akak ambil utk hamil selepas tu? Sy risau sy tak dpt hamil lagi. Tq.

    ReplyDelete