Imbas kembali tanda-tanda nak bersalin Nur Farisya Humayra tahun 2009-Pecah
air ketuban, kelahiran pramatang.
Actually dah tulis lama tapi sebelum ni xde blog. cari file lain terjumpa file ni. Terus update ler. Dah 6 tahun berlalu..
Masa pregnant Humayra , Diana
jenis lasak. Nak merayap jer kerjanya. Xreti nak lekat kat rumah. Masa awal2
preggy tu Keje as a chemist di Kilang Gelas. Lab hujung di belakang. Bahagian
Admin, HR, surau, kantin semua kat depan. So satu hari berapa kali jugakla
ulang-alik ke depan ke belakang. Then , Bulan Jun dapat kerja kat Jabatan
Pelajaran Johor . Ofis kat tingkat 3. Memang turun naik tangga kerjanya. Huhu.
Time ni pun start pindah rumah
sendiri. Time preggy Humayra rajin masak sendiri. Siap bawak bekal gi opis.
Kul5 gitu dah bangun. Alhamdulillah masa ni puasa dapat penuh. Time raya tu
first time raya rumah sendiri. Memang rajin masak untuk tetamu yang beraya kat
rumah. Kaki bengkak masa kandungan dalam 7 bulan sebab lama berdiri. Then surut
bengkaknya. After a week kaki bengkak balik.
Nak jadikan citer masa tu
kandungan 35 weeks 24/10/09. Tengah baring atas sofa dengan hubby tengok tv
dalam pukul 10 mlm gitu. Tetiba rasa macam terkencing. cepat2 gi bilik air.
Apehal lak ni terkencing?xde rasa nak kencing tetibe air keluar banyak. Pas
basuh tu air keluar lagi. Tapi xbau hancing pon. opsss. Call mummy. Mummy lak
ke KL ke rumah along. Mummy cakap ntah2 air ketuban & mummy pesan gi hospital
takut jadi ape2. Masa tu baru kemas ape yg patut. Keperluan baby & diri
sendiri. Barang baby baru last weeknya gi. Itu pun beli sikit jer sbb plan nak
beli lain kali.
Malam tu gak gi HSA. Gi Bilik
saringan Dr cakap air ketuban dah pecah so kena tahan wad. Jalan baru bukak
3cm. Buku merah pun ada rekod 2 x jer gi klinik sebab check up Hospital Pakar
Puteri masa tu. Eh Dr xcaya lak kandungan dah 35 weeks sebab perut kecik. Dr
scan & ckp baru 33 weeks. iyolah Dr. Kira2 pramatang la ni. 37 weeks baru
dikira matang. Then, dia ckp u ectopic after 2 months dah pregnant balik. Patut
kena tunggu 2 tahun baru boleh pregnant balik. hah? Dr Laila kat Pakar Puteri
tu suruh aku cepat2 pregnant dia lak kata kena tunggu 2 tahun. Confuse hakak
taw.Time ni memang langsung xrasa sakit. Xmcm nak bersalin pun. Dah tengah mlm
tu I keluar dari bilik saringan untuk ke wad. Hubby ckp la ingatkan dah
bersalin. Hihi. Pergi daftar wad.
Masa tu layak dapat 1st class
bilik berdua tapi sebab penuh dapat bilik berempat. Okla ramai kawan. Dpt
sebilik dengan ibu mengandung yang perut besar2 belaka. Mana taknya seorang
kembar , sorang kembar 3. besau betol perut cam nak meletup i tengok. huhu.
Esoknya ada misi check perut. Dia tanya dah bersalin yer? i pon ckp eh belom.
Mentang2 perut aku kecik hihi. Time tu nurse surh kira pergerakan baby berapa
kali . I blur2 sotong gitu. kat swasta xajar pun kena kira ke haper mane la aku
taw. Kena cukup at least 10x dalam masa 12 jam kalau xsilap. Then nurse pesan
gak suruh check pad. Kalau tukar colour merah or hijau bagitau. Kalau merah
maksudnya air ketuban dah habis. Kalau hijau baby dah makan taik. Dua2 bahaya
untuk baby. Masa tidur malam tu dengar ada yang merintih kesakitan contraction.
I jer pelik apesal xrasa ape2 ni? esoknya breakfast mcm biasa mkn memang
berselera uolls. Nurse ckp hari ni kena induce kalau jalan xbuka jugak. Dalam
tengahari tu after lunch masuk toilet. Keluar toilet nurse mencari rupanya.
Terus dia suruh naik kerusi roda untuk ke labour room. Eh jap nak minum air
dulu. Tak ready lagi taw. Nurse cakap bawak pampers sehelai sebab baby awak
kena tahan wad. Belum bersalin pun dah cakap kena tahan wad. Sebab baby prem,
kalau ok baru boleh keluar.
Then terus ke labour room. masuk
air. Check bukaan baru 4cm. Ada seorang nurse pelatih setia menemani. Dia tanya
sakit x? Jawabla tak. Lama2 mengantuk kesan ubat kot. N start rasa contraction.
setengah jam sekali. 15 minit skali. 5 minit sekali dengan mata yang teramat
mengantuk. Baru nak tido terkejut rasa sakit contraction. lama2 xtahan sakit.
Check bukaan still 4cm. Beberapa Dr check . Time Dr India lelaki check dengar
dia ckp czer. mcm xboleh nak normal sebab jalan xbukak. Then Dr Melayu cuba
seluk bukaan 5cm. Boleh ni normal dia cakap. Berapa kali seluk sampai akhirnya
8cm. Diorang suruh teran. Xingatla berapa kali teran baru keluar. Itupon
sangkut kat bahu kena gunting sikit. Time baby dah keluar tu boleh pulak pikir
oh kalau sakit bersalin macamni boleh la beranak lagi. Haha. N time nak susukan
baby tu memang mengantuk sangat sampai nurse cakap xpela kang terlepas pulak
baby awak. Then baby terus kena hantar wad baby. Mama balik wad tanpa baby. Sedih...
Humayra kena tahan wad 19 hari due to usus xmatang & xboleh hadam susu.
Nanti kalau rajin I tulis pengalaman bersalin anak kedua pulak yer. Now preggy anak ke3 week 32. Nervous gak even yg ke3. So far dua2 anak mengandung and bersalin memang lain even jantina sama.
Nur Farisya Humayra masa 2011
ok dah update pengalaman bersalin anak kedua. Jemput baca yer.
http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/pengalaman-bersalin-anak-kedua-blood.html
Untuk pengalaman mengandung pula boleh klik link ni yer
http://whitepearldiana.blogspot.com/2014/11/tanda-tanda-hamil-dan-simptom-semasa.html