Friday 6 March 2015

Pengalaman bersalin anak kedua: Blood show

After a month Humayra celebrate birthday yg ke2 tahun, dapat tau pregnant lagi. Humayra lahir pada 26 Oktober 2009.Kali ni loya lain macam then period lewat lagi. Check UPT pada hujung november 2011 ermmm positif!
Time mengandung Jasmine 2012 Diana dah berhenti kerja kat Pej Pelajaran Daerah JB. Plan nak sambung belajar. Sebelum tu jadila cikgu ganti kat sek rendah. perghhh me rasa ajar budak sek men lagi senang kot. Sebab biasa ajar tusyen kan. Lagila kalau ajar budak darjah 1 fening tau. mane yg mengadu kawan amik pensel la, hilang pemadam la. 5 minit sekali ada jer yg nak ke toilet. Kang xbagi terbuang kat dalam kelas xpasal kan. Mana yg menjerit2 omg xlarat mak nak handle mereka.
Then bulan 3 tahun 2012 register untuk sambung study kat UTM. Tapi super visor nasihatkan untuk tangguh pengajian sebab sem dah start bulan Januari. Kita pulak xready apa2. Bulan 7 dah nak bersalin. Risau xterkejar pulak nanti kan. Even fully research, bulan 5 dah kena hantar progress report.So tangguh dulu nanti bulan September baru register. Tapi pergi jela lab buat literature study.
Preggy kali ni  lebih berdisiplin sebab xnak la baby kuar awal macam Humayra. Kurangkan aktiviti merayap. Me yang hantu nes sanggup xminum sampaila kandungan dah masuk 6-7 bulan . Disiplin la sangat kan. Time Jasmine ni preggy xsama macam Humayra. Lebih suka makanan masam2 & masakan kampung. Masuk 8 bulan dah xlarat nak jalan even perut kecik jer. Tapi kali ni xde tanda bengkak kaki cam preggy Humayra. Bila masuk 37 weeks dah boleh tarik nafas lega sebab kalau baby keluar anytime dah kira full term dah. Time ni dah xgi lab sebab xlarat. Barang2 baby memang dah siapkan awal2. Lagipon scan gegirl lagik. Mana yg boleh recycle sajer hehe.

Masuk 38 minggu dah start rasa xsabar nak bersalin. Tunggu2 takde pun tanda nak bersalin. Ada yang lompat bintang ni karang, Hehehe. Then 1 hari tu pergi cuci peti ais. Me ni alergik habuk. so kerja2 menyapu & mengelap habuk memang xkoser nak buat.Esoknya dalam tengahari camtu dah ada blood show. Yes!!! finally ada tanda nak bersalin. Excited lak kita. Tapi orang kata kuar tanda darah sakit. Plan pas asar ke camtu nak gi spital. Sebelum tu jalan2 kat Plaza Angsana dulu bagi jalan bukak.Eh sempat eh nak shopping. Makan pun beria sebab nanti nak berpantang dah. Time ni xrasa sakit lagi tu yang relax jer. Pas asar tukar fikiran gi pas maghrib la. Kang gi spital awal2 kena tunggu lama lak. Pas maghrib ada ceita drama melayu. lupa la citer apa. So tukar fikiran lagi. Pas abis citer kul10pm baru bersiap2 nak gi hospital. Masa tu husband keje xbalik lagi. So mummy & abah yg hantar ke hospital.Dalam kul11pm kot gitu baru gi sampai HSA. HSA dekat je dengan rumah tu yang malas nak gi awal2. Masa ni lagi seminggu nak puasa . Siapla kena ganti puasa sebulan.

Before gi hospital tu sempatla minum air selusuh yang mak bidan bagi. Sampai ke hospital gi la bilik saringan. Doc check & interview macam prosedur biasa la. Doc scan baby. Sempat tanya macammana nak tau baby tu girl ke boy. kalau bentuk macam hamburger tu girl. Opsss..yg lelaki lupa sbb baby I kan girl hehe. Then doc check bukaan dah 5cm. Memang kena terus masuk labour room xyah masuk wad dulu.Kan kalau x mesti tunggu lama kan. N doc pun pecahkan air ketuban. Xsama macam Humayra yang dah pecah sendiri & terpaksa induce.


Pastu adala nurse interview lagi & check buku merah. Pastu boleh lak dia sound ni ovari tinggal sebelah beranak 2 tahun sekali . Kalau x buang ni mesti tiap2 tahun beranak. Chett!!kwang asam punya statementt. Pas dah pecah air ketuban baru rasa contraction. perghhh me memang xtahan sakit. Contraction datang kerap 5 minit gitu. Dlm kul12 lebih gitu check bukaan baru 6cm. Hai 1 jam dah berlalu baru 1cm. Nak tunggu 10cm???? Allahuakbar. Dalam kul1 tu dah xtahan sakit sangat. Sedutla oksigen ke apa ker.Memang sakit xboleh handle rasa nak kuar kan baby cepat2. Nurse tanya ada minum air selusuh ker. Jawab jela ada. Nurse cakap patut minum bila bukaan dah besar jangan minum awal2 sebab jalan belum bukak besar tapi contraction dah kuat. Sakitnya memang sudah menggila. Memang baca apa sajer ayat yang terlintas dalam kepala. Then tunggu nurse masuk xkirala cakap apa pun me memang nak teran jugak.Nurse masuk jer terus cakap, Nurse saya dah tahan ni nak teran sekarang jugak! terus hakak teran kauuu! Nurse pun cakap eh nanti2 saya siapkan barang2 dulu. kelam kabut dia siapkan. After berapa kali teran, baru keluar baby dekat2 2pm. Kena gunting. masa tu sebab sakit sangat dah xingat jangan angkat punggung keapa. Terkeluar jugak la suara masa teran tu. Pas keluar tu lega sangat2 hilang semua rasa sakit. Pastu ken a jahit & keluarkan uri I relax je boleh tahan sakit. Beranak lagi sakit. Cam tobat gitu nak beranak lagi. Huhu. Time tu sempat minta maaf kat nurse sebab terkeluar suara time teran. Keluar2 jer nurse cakap amboi panjangnya bulu mata ada saloon eh dalam perut mak awk. Pastu kat pukul 5am baru hantar ke wad .


Alhamdulillah layanan doc & nurse semua baik2 belaka even I amik 3rd class. Dah jadi student utm xdela GL.  Time Humayra ada GL dapatla 1st class.Kali ni yang lagi best yg check VE & part bawah tu semua perempuan. N tengahari tu dah boleh keluar wad. Before keluar wad kena seluk lagi untuk check darah beku. Time tu pun shift Doc perempuan. Alhamdulillah.

Masa ni Jasmine baru berapa bulan

Pic latest 2015-Jasmine bulan 7 ni 3 tahun, Humayra bulan 10 ni 6 tahun =)

kalau berminat nak tau citer bersalin anak pertama boleh baca kat link ni yer
http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/bersalin-anak-pertama-pecah-air-ketuban.html

3 comments:

  1. rileks je awk nk salin.siap boleh tunda2 nk g spital..mmm sy skrg dh masuk due date tp xde tanda2 nk salin pun lg

    ReplyDelete
  2. rileks je awk nk salin.siap boleh tunda2 nk g spital..mmm sy skrg dh masuk due date tp xde tanda2 nk salin pun lg

    ReplyDelete