Wednesday 11 March 2015

Testimoni ESP

Entry kali ni Diana nak berkongsi koleksi testimoni ESP untuk kesihatan dan kecantikan.  Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi Diana 012-7404740.

FB:  Diana Hassan 
Ig: dianahassan1211 
FB page: White Pearl Beauty & Healthcare 











Friday 6 March 2015

Pengalaman bersalin anak kedua: Blood show

After a month Humayra celebrate birthday yg ke2 tahun, dapat tau pregnant lagi. Humayra lahir pada 26 Oktober 2009.Kali ni loya lain macam then period lewat lagi. Check UPT pada hujung november 2011 ermmm positif!
Time mengandung Jasmine 2012 Diana dah berhenti kerja kat Pej Pelajaran Daerah JB. Plan nak sambung belajar. Sebelum tu jadila cikgu ganti kat sek rendah. perghhh me rasa ajar budak sek men lagi senang kot. Sebab biasa ajar tusyen kan. Lagila kalau ajar budak darjah 1 fening tau. mane yg mengadu kawan amik pensel la, hilang pemadam la. 5 minit sekali ada jer yg nak ke toilet. Kang xbagi terbuang kat dalam kelas xpasal kan. Mana yg menjerit2 omg xlarat mak nak handle mereka.
Then bulan 3 tahun 2012 register untuk sambung study kat UTM. Tapi super visor nasihatkan untuk tangguh pengajian sebab sem dah start bulan Januari. Kita pulak xready apa2. Bulan 7 dah nak bersalin. Risau xterkejar pulak nanti kan. Even fully research, bulan 5 dah kena hantar progress report.So tangguh dulu nanti bulan September baru register. Tapi pergi jela lab buat literature study.
Preggy kali ni  lebih berdisiplin sebab xnak la baby kuar awal macam Humayra. Kurangkan aktiviti merayap. Me yang hantu nes sanggup xminum sampaila kandungan dah masuk 6-7 bulan . Disiplin la sangat kan. Time Jasmine ni preggy xsama macam Humayra. Lebih suka makanan masam2 & masakan kampung. Masuk 8 bulan dah xlarat nak jalan even perut kecik jer. Tapi kali ni xde tanda bengkak kaki cam preggy Humayra. Bila masuk 37 weeks dah boleh tarik nafas lega sebab kalau baby keluar anytime dah kira full term dah. Time ni dah xgi lab sebab xlarat. Barang2 baby memang dah siapkan awal2. Lagipon scan gegirl lagik. Mana yg boleh recycle sajer hehe.

Masuk 38 minggu dah start rasa xsabar nak bersalin. Tunggu2 takde pun tanda nak bersalin. Ada yang lompat bintang ni karang, Hehehe. Then 1 hari tu pergi cuci peti ais. Me ni alergik habuk. so kerja2 menyapu & mengelap habuk memang xkoser nak buat.Esoknya dalam tengahari camtu dah ada blood show. Yes!!! finally ada tanda nak bersalin. Excited lak kita. Tapi orang kata kuar tanda darah sakit. Plan pas asar ke camtu nak gi spital. Sebelum tu jalan2 kat Plaza Angsana dulu bagi jalan bukak.Eh sempat eh nak shopping. Makan pun beria sebab nanti nak berpantang dah. Time ni xrasa sakit lagi tu yang relax jer. Pas asar tukar fikiran gi pas maghrib la. Kang gi spital awal2 kena tunggu lama lak. Pas maghrib ada ceita drama melayu. lupa la citer apa. So tukar fikiran lagi. Pas abis citer kul10pm baru bersiap2 nak gi hospital. Masa tu husband keje xbalik lagi. So mummy & abah yg hantar ke hospital.Dalam kul11pm kot gitu baru gi sampai HSA. HSA dekat je dengan rumah tu yang malas nak gi awal2. Masa ni lagi seminggu nak puasa . Siapla kena ganti puasa sebulan.

Before gi hospital tu sempatla minum air selusuh yang mak bidan bagi. Sampai ke hospital gi la bilik saringan. Doc check & interview macam prosedur biasa la. Doc scan baby. Sempat tanya macammana nak tau baby tu girl ke boy. kalau bentuk macam hamburger tu girl. Opsss..yg lelaki lupa sbb baby I kan girl hehe. Then doc check bukaan dah 5cm. Memang kena terus masuk labour room xyah masuk wad dulu.Kan kalau x mesti tunggu lama kan. N doc pun pecahkan air ketuban. Xsama macam Humayra yang dah pecah sendiri & terpaksa induce.


Pastu adala nurse interview lagi & check buku merah. Pastu boleh lak dia sound ni ovari tinggal sebelah beranak 2 tahun sekali . Kalau x buang ni mesti tiap2 tahun beranak. Chett!!kwang asam punya statementt. Pas dah pecah air ketuban baru rasa contraction. perghhh me memang xtahan sakit. Contraction datang kerap 5 minit gitu. Dlm kul12 lebih gitu check bukaan baru 6cm. Hai 1 jam dah berlalu baru 1cm. Nak tunggu 10cm???? Allahuakbar. Dalam kul1 tu dah xtahan sakit sangat. Sedutla oksigen ke apa ker.Memang sakit xboleh handle rasa nak kuar kan baby cepat2. Nurse tanya ada minum air selusuh ker. Jawab jela ada. Nurse cakap patut minum bila bukaan dah besar jangan minum awal2 sebab jalan belum bukak besar tapi contraction dah kuat. Sakitnya memang sudah menggila. Memang baca apa sajer ayat yang terlintas dalam kepala. Then tunggu nurse masuk xkirala cakap apa pun me memang nak teran jugak.Nurse masuk jer terus cakap, Nurse saya dah tahan ni nak teran sekarang jugak! terus hakak teran kauuu! Nurse pun cakap eh nanti2 saya siapkan barang2 dulu. kelam kabut dia siapkan. After berapa kali teran, baru keluar baby dekat2 2pm. Kena gunting. masa tu sebab sakit sangat dah xingat jangan angkat punggung keapa. Terkeluar jugak la suara masa teran tu. Pas keluar tu lega sangat2 hilang semua rasa sakit. Pastu ken a jahit & keluarkan uri I relax je boleh tahan sakit. Beranak lagi sakit. Cam tobat gitu nak beranak lagi. Huhu. Time tu sempat minta maaf kat nurse sebab terkeluar suara time teran. Keluar2 jer nurse cakap amboi panjangnya bulu mata ada saloon eh dalam perut mak awk. Pastu kat pukul 5am baru hantar ke wad .


Alhamdulillah layanan doc & nurse semua baik2 belaka even I amik 3rd class. Dah jadi student utm xdela GL.  Time Humayra ada GL dapatla 1st class.Kali ni yang lagi best yg check VE & part bawah tu semua perempuan. N tengahari tu dah boleh keluar wad. Before keluar wad kena seluk lagi untuk check darah beku. Time tu pun shift Doc perempuan. Alhamdulillah.

Masa ni Jasmine baru berapa bulan

Pic latest 2015-Jasmine bulan 7 ni 3 tahun, Humayra bulan 10 ni 6 tahun =)

kalau berminat nak tau citer bersalin anak pertama boleh baca kat link ni yer
http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/bersalin-anak-pertama-pecah-air-ketuban.html

Thursday 5 March 2015

Bersalin anak pertama: Pecah air ketuban lahir tak cukup bulan

Imbas kembali tanda-tanda nak bersalin Nur Farisya Humayra tahun 2009-Pecah air ketuban, kelahiran pramatang.

Actually dah tulis lama tapi sebelum ni xde blog. cari file lain terjumpa file ni. Terus update ler. Dah 6 tahun berlalu..

 Masa pregnant Humayra , Diana jenis lasak. Nak merayap jer kerjanya. Xreti nak lekat kat rumah. Masa awal2 preggy tu Keje as a chemist di Kilang Gelas. Lab hujung di belakang. Bahagian Admin, HR, surau, kantin semua kat depan. So satu hari berapa kali jugakla ulang-alik ke depan ke belakang. Then , Bulan Jun dapat kerja kat Jabatan Pelajaran Johor . Ofis kat tingkat 3. Memang turun naik tangga kerjanya. Huhu.

Time ni pun start pindah rumah sendiri. Time preggy Humayra rajin masak sendiri. Siap bawak bekal gi opis. Kul5 gitu dah bangun. Alhamdulillah masa ni puasa dapat penuh. Time raya tu first time raya rumah sendiri. Memang rajin masak untuk tetamu yang beraya kat rumah. Kaki bengkak masa kandungan dalam 7 bulan sebab lama berdiri. Then surut bengkaknya. After a week kaki bengkak balik.

Nak jadikan citer masa tu kandungan 35 weeks 24/10/09. Tengah baring atas sofa dengan hubby tengok tv dalam pukul 10 mlm gitu. Tetiba rasa macam terkencing. cepat2 gi bilik air. Apehal lak ni terkencing?xde rasa nak kencing tetibe air keluar banyak. Pas basuh tu air keluar lagi. Tapi xbau hancing pon. opsss. Call mummy. Mummy lak ke KL ke rumah along. Mummy cakap ntah2 air ketuban & mummy pesan gi hospital takut jadi ape2. Masa tu baru kemas ape yg patut. Keperluan baby & diri sendiri. Barang baby baru last weeknya gi. Itu pun beli sikit jer sbb plan nak beli lain kali.

Malam tu gak gi HSA. Gi Bilik saringan Dr cakap air ketuban dah pecah so kena tahan wad. Jalan baru bukak 3cm. Buku merah pun ada rekod 2 x jer gi klinik sebab check up Hospital Pakar Puteri masa tu. Eh Dr xcaya lak kandungan dah 35 weeks sebab perut kecik. Dr scan & ckp baru 33 weeks. iyolah Dr. Kira2 pramatang la ni. 37 weeks baru dikira matang. Then, dia ckp u ectopic after 2 months dah pregnant balik. Patut kena tunggu 2 tahun baru boleh pregnant balik. hah? Dr Laila kat Pakar Puteri tu suruh aku cepat2 pregnant dia lak kata kena tunggu 2 tahun. Confuse hakak taw.Time ni memang langsung xrasa sakit. Xmcm nak bersalin pun. Dah tengah mlm tu I keluar dari bilik saringan untuk ke wad. Hubby ckp la ingatkan dah bersalin. Hihi. Pergi daftar wad.

Masa tu layak dapat 1st class bilik berdua tapi sebab penuh dapat bilik berempat. Okla ramai kawan. Dpt sebilik dengan ibu mengandung yang perut besar2 belaka. Mana taknya seorang kembar , sorang kembar 3. besau betol perut cam nak meletup i tengok. huhu. Esoknya ada misi check perut. Dia tanya dah bersalin yer? i pon ckp eh belom. Mentang2 perut aku kecik hihi. Time tu nurse surh kira pergerakan baby berapa kali . I blur2 sotong gitu. kat swasta xajar pun kena kira ke haper mane la aku taw. Kena cukup at least 10x dalam masa 12 jam kalau xsilap. Then nurse pesan gak suruh check pad. Kalau tukar colour merah or hijau bagitau. Kalau merah maksudnya air ketuban dah habis. Kalau hijau baby dah makan taik. Dua2 bahaya untuk baby. Masa tidur malam tu dengar ada yang merintih kesakitan contraction. I jer pelik apesal xrasa ape2 ni? esoknya breakfast mcm biasa mkn memang berselera uolls. Nurse ckp hari ni kena induce kalau jalan xbuka jugak. Dalam tengahari tu after lunch masuk toilet. Keluar toilet nurse mencari rupanya. Terus dia suruh naik kerusi roda untuk ke labour room. Eh jap nak minum air dulu. Tak ready lagi taw. Nurse cakap bawak pampers sehelai sebab baby awak kena tahan wad. Belum bersalin pun dah cakap kena tahan wad. Sebab baby prem, kalau ok baru boleh keluar.


Then terus ke labour room. masuk air. Check bukaan baru 4cm. Ada seorang nurse pelatih setia menemani. Dia tanya sakit x? Jawabla tak. Lama2 mengantuk kesan ubat kot. N start rasa contraction. setengah jam sekali. 15 minit skali. 5 minit sekali dengan mata yang teramat mengantuk. Baru nak tido terkejut rasa sakit contraction. lama2 xtahan sakit. Check bukaan still 4cm. Beberapa Dr check . Time Dr India lelaki check dengar dia ckp czer. mcm xboleh nak normal sebab jalan xbukak. Then Dr Melayu cuba seluk bukaan 5cm. Boleh ni normal dia cakap. Berapa kali seluk sampai akhirnya 8cm. Diorang suruh teran. Xingatla berapa kali teran baru keluar. Itupon sangkut kat bahu kena gunting sikit. Time baby dah keluar tu boleh pulak pikir oh kalau sakit bersalin macamni boleh la beranak lagi. Haha. N time nak susukan baby tu memang mengantuk sangat sampai nurse cakap xpela kang terlepas pulak baby awak. Then baby terus kena hantar wad baby. Mama balik wad tanpa baby. Sedih... Humayra kena tahan wad 19 hari due to usus xmatang & xboleh hadam susu.





Nanti kalau rajin I tulis pengalaman bersalin anak kedua pulak yer. Now preggy anak ke3 week 32. Nervous gak even yg ke3. So far dua2 anak mengandung and bersalin memang lain even jantina sama.

Nur Farisya Humayra masa 2011

ok dah update pengalaman bersalin anak kedua. Jemput baca yer.
http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/pengalaman-bersalin-anak-kedua-blood.html


Untuk pengalaman mengandung pula boleh klik link ni yer
http://whitepearldiana.blogspot.com/2014/11/tanda-tanda-hamil-dan-simptom-semasa.html

Wednesday 7 January 2015

Masker alfalfa untuk masalah jerawat dan jeragat

Alfalfa mmg terkenal dengan pelbagai khasiat. Akarnya sepanjang 6m menyerap pelbagai mineral dalam tanah.




Masker Alfalfa berfungsi untuk mereka yang inginkan kulit yang halus,memudarkan parut jerawat dan jeragat.


 Berikut adalah cara-cara untuk membuat masker Alfalfa :

•ambil 3 biji Alfalfa dan dibancuh dengan beberapa titis air.Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
•pastikan mencuci muka terlebih dahulu dengan membilas menggunakan air suam bagi membuka liang-liang pori di wajah
•kemudian,sapukan masker yang telah dibuat tadi di wajah anda
•biarkan ia kering selama 30 minit
•akhir sekali,bilas wajah anda dengan menggunakan air suam.

Contact Diana 012-7404740 for further details ok.

COD: Johor Bahru , BBU, UTM, Permas Jaya, Plentong, TmnU.

Saturday 20 December 2014

Sibu Island Resort: first time jejak pulau



First time pergi Pulau ialah Pulau Sibu, Johor. eh tipuu..Pulau Pinang haha. Pulau Pinang xdela rasa macam pulau kan..so my experience yang betul2 gi pulau ialah di Pulau Sibu la. Itupon sebab kerja. Menjadi urusetia untuk Mesyuarat Pengetua. Masa ni kerja kat Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Time ni I rapat ngan Kak Eken. Satu Unit Menengah dengan I.

Ni la Kak Eken..cantikkan beliau?Hehe



Time ni tengah meeting kitorang keluar jap bergambar hehe. Meeting goverment haruslah pakai baju kurung kan.


Tempat okla cantik..kat pulau kecik ni ada banyak rusa bersepah2.. siang2 banyak nyorok kat bawah chalet. Ada merak.




Kalau nak stay 3 hari 2 malam okla. Penuhkan aktiviti dengan island hopping, snorkelling ker..swimming.. nak honeymoon ker..Yang penting jgn lupa pakai sunsreen . Panas woo hitams kulit. Kalau lama2 boring kot hehe. Sebab xleh nak ke mana2. Makan kat resort jer. Time nila I terbayang nasi paprik . Huhu. Kalau nak bercuti dengan family agak costly ler. X ingat dah ratenya. Pergi tahun 2010 ke 2011 eh.





Ni pon bz dgn tugas so xdela boring sangat. Malam pas dinner boleh karoks puas2. Share la beberapa pic kenangan dengan uolls.


 Pegawai2 Unit Pengurusan Akademik.


Chaletnya berbukit2. Setiap kali nak gi makan ke meeting memang exercise. kesian pengetua2 sakit kaki diorang. Ada yang bilik tinggi tangganya.



nak balik dah time ni..

Pic bawah Pengetua, Pegawai2 PPD,  Timbalan PPD & Kak Eken.

Ok tu jer nak share ..bye!!!

Tuesday 16 December 2014

10 kepentingan kolagen kepada tubuh badan

Sekarang ni banyak di pasaran yang highlight kolagen dalam produk keluaran mereka. Pencuci muka, krim muka, syampu, sabun dan minuman kesihatan semua nak ada kolagen. Nak tahu kepentingan kolagen yang utama kepada tubuh badan kita?

1. Untuk menegang, melembap dan menganjalkan kulit

2. Melambatkan penuaan

3. Menampung air dalam tubuh

4. Menghasilkan kualiti kuku dan rambut yang baik.

 

5. Membantu penglihatan yang baik


6. Mengandungi glucosamin dan asid hailunorik semulajadi yang membaikpulih tisu penyokong seperti sendi dan melindungi dari kecederaan otot dan tulang.


7. Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.

8. Meningkatkan penyerapan kalsium

9. Membantu pola tidur dan membantu tidur nyenyak

10. Melancarkan aliran darah di bawah lapisan kulit

Fungsi Shaklee Collagen Powder daripada sumber majalah iSihat keluaran September 2012.

Penghasilan kolagen berkurangan semakin meningkat usia.

Untuk maklumat lanjut hubungi :

Diana 012-7404740 (whatsapp/telegram/sms)
SID 961431
Facebook: Diana Hassan
Instagram: @dianahassan1211


Monday 15 December 2014

khasiat garlic yang mungkin anda minat untuk tahu

Orang korea suka makan garlic mentah tau..kulit diorang pun cantik2 kan?
sanggup ke korang nak kunyah mentah2 gitu hihi
Orang Cina memang amalkan bawang putih dalam masakan
Ape specialnya bawang putih ni?





Fungsi Garlic:
Menggalakkan kesihatan jantung
✔Bantu mengekalkan tekanan darah normal
✔Bantu mengekalkan tahap kolestrol yang normal
✔Menurunkan kelikatan darah
✔Bantu mengurangkan batuk dan selsema
✔Merawat keputihan
✔Mengurangkan protein dalam air kencing
✔Menguatkan antibodi semulajadi
✔Agen detoksifikasi, secara tak langsung kulit menjadi cantik dan glowing



Keistimewaan Garlic Tablet Shaklee:
1 tablet bersamaan dengan 7 labu bawang putih. Banyakkan?

Bawang putih jenis premium

Bebas racun perosak

Ditanam pada musim panas di USA

Sebab tu biasa dengar kalau selsema, darah tinggi, nak turun berat, buang angin amalkan bawang putih. Ada juga yang menggunakan garlic untuk masalah kayap.

Cara makan:

Ambil 2 biji sehari selepas heavy meal ok.

Berminat nak dapatkan garlic tablet ni , boleh hubungi saya yer
Diana 012-7404740 (whatsapp/telegram/sms)
FB: Diana Hassan
IG: @dianahassan1211