Showing posts with label hamil luar rahim. Show all posts
Showing posts with label hamil luar rahim. Show all posts

Saturday, 22 November 2014

tanda-tanda hamil dan simptom semasa kehamilan: pengalaman hamil anak pertama dan kedua

Setiap anak xsemestinya sama simptom2 hamil. Utk period yg regular biasa memang senang nk tau pregnant. For me, biasa menstrual cycle 27 or 28 hari. Paling lewat pun 29 hari. Lewat 2 hari je dah berdebar. Alamak peknen ker? Since this is my 4th pregnancy, rasa nak share pengalaman sendiri.


1st pregnancy hamil luar rahim. So xde rezeki nak dpt baby time tu & tiub falopio kanan terpaksa dibuang. Alhamdulillah 2 bln pastu positive pregnant Humayra. Now Humayra dah 5 tahun. How time flies kan.. Untuk full story pasal pengalaman hamil luar rahim ni boleh baca kat my previous entry ni k .

 http://whitepearldiana.blogspot.com/2014/09/pengalaman-pertama-hamil-ectopic.html


This time (4th pregnancy)- lebih kurang sama mcm masa preggy Jasmine. Masa tarikh yg sepatutnya period, perut rasa cramp mcm nk period tapi xperiod. 2 hari lewat dah suspen. Masa tu Diana kira hari yg ke 31(hari pertama dikira masa hari pertama period bulan terakhir ). Hari yg ke 4 akhirnya keluar tanda nak period. Fuh lega!  Keluar darah sikit pagi tu. Then sampai malam xde keluar lagi. Alamak berdebar lagi. Nape xperiod?  Adakah pregnant? Sbb masa preggy Jasmine mcm tu. Keluar darah sikit je. Rupanya peknen. Pernah terbaca semasa proses implantation kat uterus (penempelan zigot kat rahim) kadang2 mmg keluar darah sikit. Then esoknya rasa mcm nak demam + penat sgt. Kepala pening & emosi pun terganggu. Rasa nk marah jer. Hari ke 7 lewat jer beli Urine pregnancy test (UPT). Beli clear blue. Sbb kat situ tulis satu hari lewat pun boleh detect if pregnant. Dpt 2 line. 1 blur.


If nk lagi accurate beli clear blue digital. Kat situ akan mention berapa week usia kandungan if pregnant. Yg ni sgt berguna utk detect kehamilan anggur. Kehamilan anggur ni actually xpregnant tapi akan beri  result positif tetapi minggu kehamilan lebih banyak dari yg sepatutnya dari hari terakhir period. 



Biasa tengok paras hormon kita. Klu test after 2 weeks. Hormon dah meningkat so akan dpt clear line. Tapi gerak hati mmg rasa pregnant. Now kandungan dah masuk 4 bln. 1 st check up wat buku merah masa kandungan 10 minggu. After that 2 minggu kena check lagi & perlu jumpa Doc sbb byk kes kata nurse. 1st scan masa 12 minggu. Nmpkla bentuk kepala & badan. Kaki baby pon dah nmpk. Laju bergerak mcm berlari sampai xle Dr nk amik gmbr. Active betol anak mama.

Dr snap pic pon xnampak apa sebab baby bergerak. Hai anak mama ni xsuka bergambar yer. Mama jer asik selfie memanjang. Kih3.

Kali ni alahan sgt teruk. Kerap kena asthma. Kulit pon sensitif. Xtahan panas mulala kulit gatal sana sini & tinggalkan parut. Kali ni suka mkn daging, pedas2 & seafood. Ayam xberapa minat. Dah masuk 5 bulan pon ada muntah2 lagi. Pas mkn je rasa mengah & xbernafas.  Nak jln pon xlarat. Selsema memanjang. Haihh baru 5 bln..perut pon kecik lagi. Caner klu dah 8 bln ke atas. Sabarla yer Pn Diana.

Confuse kan tanda2 pregnant sama mcm nk period
.. perut cramp,  moody,  pening...tu yg wat upt.. kekadang ada kes yg 2 minggu wat upt negative.. dah lmbt sket test baru dpt positif..


Ape pon rezeki tu drpd Allah kan.. if xde rezeki utk pregnant jgn bersedih perancangan Allah tu lebih baik.


Time Humayra lak l just ingat period lewat 2 minggu ..terus wat upt and positif...Caner nak kira usia kandungan? Nanti Diana share yer...

Now nak share simptom2 hamil..mmg berbeza itk setiap anak..lom citer tanda nak bersalin lagi kan..

Masa,1st pregnancy, hilang selera mkn ..nk mkn bihun tomyam jek hari2..masa tu xtaw pregnant..n xde rezeki redha dgn ujian dari Ilahi.


2 nd pregnancy -Nur Farisya Humayra.
Time peknen beliau xde mabuk cuma xleh minum teh.. teh o panas ker teh ais ke xboleh sbb pas minum terus muntah.. sepanjang pregnancy 3x muntah sbb minum teh.. angin kottt.  Then xtahan pedas padahal aku antara yg kuat pedas sblm ni.. pedas sket pon dah meleleh2 air mata. Me suka yg manis2.. masa tu berat naik sbb berselera betol. Before pregnant 46kg last before bersalin naik 14 kg.. tapi perut kecik jek.. badan pon xbesar.. xtaw berat tambah katne. Humayra lak lahir xcukup bulan.. cepat sebulan 33 weeks dah keluar lahir pon kecik jer 2.05 kg

Psst... nanti kita share pengalaman bersalin lak yer.

3rd pregnancy -Nur Zahyrah Jasmine.  Time beliau langsung xsama dgn kakak..ingatkan boboy sekali scan gegirl lagi haha.  Yela time jasmine i boleh kata teruk alahan.. tengok org ramai pon rasa nk muntah.. masa keje tu pagi mesti cabut ke surau sebab loya tengok org ramai2 boleh gitew?? Air pon nk minum tropicana twister jek sbb loya kot tu yg nk masam2. Then i selera makan lauk simple jer nasi + ikan kering /telur masin + sayur bening + sambal belacan.. masa ni dah kuat pedas.. bagus nya mmg jimat sbb selera tekak mcm tu.. dah 4 bln baru mabuk hilang. Mostly muntah2 tu waktu mlm.. then bila masuk 9 bulan mabuk blk muntah2 balik. Pelik rasanya dah nak beranak pon mabuk lagi haihhh

Interested nak tau my experience tanda-tanda nak bersalin boleh klik link ni ok http://nordianahassan.blogspot.com/2014/12/tanda-tanda-nak-bersalin-pecah-air.html

Friday, 19 September 2014

pengalaman pertama hamil: ectopic pregnancy atau hamil luar rahim

Ectopic pregnancy atau hamil luar rahim? Pernah dgr tak? Ok entry kali ni Diana nak share sikit pengalaman sendiri pada tahun 2008.

Diana diijabkabulkan pada 8 Mac 2008. Hari mengundi time tu. Pengantin pon gi mengundi tau.

Dlm bln April 2008 dpt offer kerja as a chemist kat kilang gelas di Tampoi , JB. Dah berapa bln kahwin xde tanda2 hamil. Cuma masa bln Disember 2008, Diana 1 family gi Cameron Highland. Masa tu mmg rasa pening & loya . Maybe sbb jlnnya pusing2 kot. Then jumpa strawberry with whipped cream mmg mkn xhengat dunia. Sedap sgt rasanya. Sampai xboleh tinggal n rasa nk marah bila ada yg kacau.

Then back to normal life kerja mcm biasa. Time ni langsung xlalu mkn nasi. Diana cuma nk mkn bihun tomyam jer. Hari2 bawak bekal yg mummy masak. Sampai Mak Ros satu department pon pelik sangat. Mummy pon pelik la pg ptg siang mlm xmo mkn lain. Ko ngandung ni ngah. Diana terus ckp xla, org dtg period xkan la mengandung.

Yup period dtg mcm biasa. On time. 7 hari xkan la ngandung kot. After berapa hari still sakit perut mcm senggugut. Then period lagi. Tapi darah keluar warna kehitaman. Oh patutla sakit perut. Period lagi rupanya.

Dah asik gaya cam org pregnant jer akhirnya Diana pon check upt. Positive!! Cam xcaya jer. Mmg excited sbb this is my 1st pregnancy. Alhamdulillah penantian berakhir.

Esoknya dinner kat restoran with hubby kat dgn rumah. Tengah mkn tu tiba2 sakit perus memulas2. Eh pelik tiba2 jer. Mula tahan jer sbb tgh mkn. Pastu xtahan terus. Terus ckp kat hubby I blk dulu. Sakit perut. Nanti dtg blk. Eh pastu sakit sangat xboleh nk drive. Minta hubby hntr blk rumah. Baru sampai kereta dah termuntah2 dgn perut yg teramat sakit. N before sampai rumah 3x berhenti muntah even rumah sgtla dekat ngan restoran tepi sekolah tu.

Sampai rumah jln terbongkok2 sbb sakit perut and sakit belakang..Muntah byk kali. Nak gerakpon susah sbb sakit sangat. Mummy ckp mana ada org ngandung sakit perut mcmni. Ni mesti sakit lain. Pergi check kat hospital la. Disebabkan terlalu sakit, gerak sikit pon sakit xboleh nk gi klinik mlm tu. Mlm tu pon tidur kat pintu sbb senang nk muntah. Bangun xlarat sangat. Masa tu terlintas dlm hati. Ntah2 ni mcm arwah Yan yg meninggal sbb mengandung luar rahim. Dia pon khabarnya xtau mengandung. Esoknya 24 Disember 2014 gi klinik panel.Rasa boleh tahan sikit. Cuma jln still membongkok xboleh tegak.  Bgtau kat Dr kita sakit apa n inform dah wat upt positive. Ckpla period dtg cam biasa. Dr suruh gi Hospital refer pd Pakar Sakit Puan. Then terus ke Hospital Pakar Puteri, JB.

Masa tu jumpa Dr Laila. Gi ngan mummy & abah. Hubby keje. Dr Laila check and scan.  Beliau ckp mmg hamil luar rahim. Baby kat tiub falopio kanan. Bkn kat rahim.  Anggaran usia kandungan 1-1 setengah bln.Dr Laila kata kena operate. Diana tanya boleh x klu x operate?  Kena operate klu lmbt bole bawa maut. Masa tu airmata terus bergenang. Mummy pon nangis. So terus call hubby & decide nk operate kat situ. Kos pembedahan RM4000 lebih. Masa tu fikir nyawa lebih penting. Akhirnya tiub falopio kanan dibuang sebab dah rosak.



Klu operate 25/12 kosnya dua kali ganda katanya  .Mak aii sbb consider public holiday. Mlm tu kakak ipar yg tunggu kat wad. Esoknya boleh blk & berpantang  mcm org bersalin tapi 2 minggu jer. Xde rezeki lagi masa ni. Dr kata nk dpt anak pon 50-50 sbb ovari ada satu jer. N ada risiko utk berlaku kes yg sama. Cuma Dr Laila ada inform sblm dia buang, dia check dulu kalau tiub falopio tu xrosak dia xbuang tapi dah rosak terpaksa buang. Tapi before buang, dia check tiub falopio yg belah kiri ok ke x, itupon katanya tiub tu mcm terlipat ke macammana ntah. Dia betulkan dulu baru dia buang tiub belah kanan. Huhu. Mcm2 dalaman yg kita xtau. Sebab tu kdang2 org sukar hamil ada something yg block kat tiub falopio, dll. N bln feb 2009 Diana positive preggy lagi. Alhamdulillah. Now Humayra dah nk masuk 5 tahun bulan 10 2014 ni. Jasmine lak dah 2 tahun
😊😊😊

Raya kedua 2014


Berminat nak tau pengalaman saya bersalin Humayra (pramatang, tanda bersalin pecah air ketuban) boleh baca kat link ni ok

http://whitepearldiana.blogspot.com/2015/03/bersalin-anak-pertama-pecah-air-ketuban.html